Resepi Kek Batik Yang Senang, Mudah & Cepat Nak Buat!


Kali ni tekak macam teringin nak lahap benda alah kek batik ni. Kemaheng semangat pergi kedai runcit Ah Seng dok beli bahan-bahan benda alah nak buat kek batik ni. Jangan ingat orang lelaki tak boleh buat, dalam banyak-banyak kek, aku rasa benda alah kek batik ni lah yang paling senang, seksi serta mudah nak meninggal nak buat! Yelah, tak payah susah-susah nak bake mahupun nak kena sukat-sukat tepung bagai. Campak je! Siap!!! Muahahaha =D



Cak!!! Muehehehe






Meh sini nak tunjuk benda alah bahan-bahan nak buat beliau :

1 Paket Milo (Guna yang paket kecik je, jangan hentam guna yang satu tin besaw tu pulok ye wahai cik Bedahku sayang!) =D

1 Paket Biskut Marie (Tak kisah nak guna perisa apa, macam aku, aku guna perisa biskut marie coffee masa buat kek batik ni, sebab tu tak nampak sangat corak kebatikkan beliau dalam gambar kat atas tu)

@1/2 tin susu pekat manis (Kalau tak kuat manis letak suku jelah, kalau yang jenis tak puas kalau tak manis, nak makan manis jugak, boleh lah tuang satu tin terus tapi tak digalakkan lah eh, kang tak memasal kena potong kaki kiri plak kang kencing manis! Dah menyesal tak sudah cik Bedah ooii! Muehehe)

Ais Krim Coklat sebagai bahan penyedap nak santap dengan lebih dassshyat! =D

@ Air Setengah cawan sudah bah.



Cara-cara nak buat beliau yakni kek batik tersebut :


Asas nak buat, korang haruslah hentak-hentak manja benda alah biskut marie tu sampai jadi macam gambar rajah kat atas tu hah. Jangan pergi blender pulak biskut tu, kang tak memasal cik abang baling belanga kang kat muka(peringatan bagi akak-akak yang dah berkahwin, yang masih bujang, abaikan).







Lepastu masukkan air dan susu pekat manis kacau sampai sebati. Kalau benda alah air tu korang nak gantikan dengan butterpun boleh jugak. Tapi aku tak suka sangat butter, sebab tekak tak boleh nak terima. Al-maklumlah orang kampung! Orang kampung, orang kampung jugak, jangan nak masukkan belacan sudehhh kang tak memasal jahanam resepi pulak kang! Muehehehe







Masukkan Milo(kalau dalam iklan kat TV tu, siapa yang minum Milo kemaheng lagi lari laju nak meninggal tak ingat dunia, gila over nak mampus iklan tu!) satu paket tu dan kacau laju-laju taknak bagi benda alah milo tu berketul. Kalau boleh perlahankan api sikit masa tengah kacau tu, jangan dok bernyanyi tak tentu hala pulak masa tengah kacau tu, kang terlanggar pantang larang kang tak boleh menanyi kat dapur time tengah masak, tak memasal je korang jadi macam kat dalam Entry Nie pulak kang. =D









Lepas Milo agak pekat dan mesra di dalam kuali tu, boleh lah campakkan benda alah biskut marie tu dalam kuali secara bermarathon sambil angkat-angkat kening tiga kali! 






Balik-balikkan dan gaul lah biskut marie tu sampai beliau sebati serta harmoni bersama Milo di dalam kuali tersebut! *Merapu 







Lepas semua dah sebati, korang masukkan lah dalam apa-apa bekas, tak kisah lah bekas tu nak bentuk petak ke, bulat ke mahupun tiga segi bergerigi sekalipun, ghasak je! Yang penting masa tengah masuk tu tekan-tekan sikit dengan sudu biar mampat dan padat!


Rasa-rasa macam dah puas hati, masuk dalam peti ais. Waktu yang afdhal, dalam 5 jam macamtu la kalau nak biarkan dalam peti ais tu. Kalau nak biar semalaman dalam tupun lagi ok! Jangan tak sampai setengah jam masuk dalam peti ais, korang dah gelojoh nak potong pulak, kang menjejer-jejer kek batik tu kang!






Dah siap! Dan boleh lah dilahap serta dihadap begitu saja! Kalau suka makan benda alah kek batik ni dengan ais krim? Letak je setampuk ais krim kat atas permukaan beliau! Ikut kepada selera anak tekak masing-masing lah macamana cara korang nak lahap dan hadap! Muehehehe



Senang je kan nak buat benda alah kek batik ni? Dah ah senang nak buat, bahan-bahan pulak bukan main simple nak mampus! Pergi lah cari kedai Makcik Timah ke, kedai uncle Limm ke mahupun kedai auntie Tivvia sekalipun, komfem-komfen ada je bahan-bahan beliau =D 



Benda alah kek batik ni ada banyak version, setengah orang tu ada letak telur, tapi tak tahu lah kalau letak telur lagi sedap ke hape ke kan. Ada jugak yang suka kek batik ni lembik-lembik, ada jugak yang suka rangup-rangup dan ada juga yang suka empuk-empuk. Its up to you babeh! Muahahaha




Nak lagi kelainan dan lebih bervariasi? Korang boleh jugak pelbagaikan dengan masukkan nestum, kacang mahupun oat kat dalam benda alah kek batik tu. Janji kena dengan tekak!



Akupun tak ada lah terror mana nak buat benda alah kek batik ni. Main hentam tembak gedebush gedebash je buat ni. Tupun nasib baik ada rupa jugak. Yang penting! Dimana ada kemahuan disitu boleh rujuk blog Santan! Muehehehe =D Kalau korang ada resepi kek batik yang lagi auummmm dan walllllllllllahh!! Hello-hello lah sama ye kat komen bawah tu!




Ok Chawww!



Kalau nak bermanja dan bergeletek lebih mesra lagi dengan SM, korang boleh lah Hentak padu-padu kat Sini! =D

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Boleh Gelak Sampai Tertonggek Kalau Faham Maksud Nama Kuih-Muih Nie Betul-Betul! =D


Hai Uolls! Bertahan lagi ke tidak Puasanya tu Uolls Uolls sekalian alam? Alhamdulillah, Iolls disini tak tertinggal lagi ler puasernyer. sebab tu la, muka Iolls seceria & seglowing muka Felixia Yeap, gituh. Hiks! (Sambil menggelupur kibas-kibas bulu mata macam Che Ta). Bapak gedik nak mampus pulak aku di bulan Ramadhan yang mulia ni dok Uolls Uolls bagai, Kalau mak aku dengar aku dok uolls uolls bagai, mau kena hempuk muka kacak Brad Pitt aku ni hah dengan belanga belakang rumah kalau dia dengar. Muka Brad Pitt? Puihhh!! Kena Hempuk sekali lagi dengan belanga belakang rumah, sebab budget nak mampus muka mengalahkan Brad Pitt! Muehehehe


Perghhh!!! Lama naw aku tak berronggeng mak inang kak tipah payung kat sini, maunya lama naww aku tak berronggeng mak inang kak tipah payung kat sini, asyik sibuk je memanjang dok tengok Ketuk-Ketuk Ramadhooonnnnn. Tepat 12:30 tengah hari, aku je ah yang dok kongker TV dengan mak aku dok tengok benda alah Ketuk-Ketuk Ramadhooonnn tu. Yelah, tak ada cerita best, kat astropun asyik ulang-ulang je cerita, tu yang samdul sangat tu dok tengok benda alah Ketuk-Ketuk Ramadhooon tu. Apa lagi, Mau hangin satu badan la bapak aku, sebab aku dengan mak aku asyik dok bergelak tertonggek macam langsuiirrr je kat dalam rumah tu dok tengok benda alah Ketuk Ketuk Ramadhooonnnn. Tengok Ketuk-Ketuk Ramadhonnn pun boleh bergelak tertonggek macam langsuir? Kau gila ke hape SM? Tak pernah dibuek orang! Gilo! =D


Atas tu baru intro. Biasalah, kat sekolah Karangan always dapat A+, kalau cikgu kasi suruh buat karangan 350 patah perkataan je, apa kelas aku nak tulis 350 patah perkataan je? Harus lah aku sauk sampai 600 patah perkataan. Biar berbuih sikit mulut cikgu nak baca, hambeek cikgu! Nak sangat!(Apa kes ni nak emo-emo dengan cikgu?)  Tu yang bila dapat menulis mengalahkan reporter majalah DARA tew. Pang!!! kena penampor jepun! Muahahaha


SM : "Hoi! Asal ni tak pasal-pasal kena penampor Jepun pulak ni? Ini tidak adil, tidak adil bagiku..."

Sheila Rusly : "Sebab kau riak nak mampus di bulan Ramadhooonnn yang mulia ni! Membongakk jer koja! Anda jangan kemana-mana, bertemu lagi kita selepas ini dalam Ketuk-Ketukkkkk Rammmmadhoon. Alhamdulillah! "



Mak Aii?! Sheila Rusly pun tersangkut sekali. Apa kes ni? Nampak tak, pengaruh Ketuk-Ketuk Ramadhonn sangat kuat dalam diriku yang sesuci dan seputih tepung jagung cap rambutan kuning langsat! Menangis Meratap Meraung kalau Sheila Rusly terbukak blog ni hah. Apa-apapun I tetap sayang U ketat-ketat kak Sheila Rusly! Sebab umur U sama dengan umur mak I! Ehhh?! Muehehehe. Kalau merapu, sampai ke subuh pun tak habis! Jom! Aku nak cerita asal usul kuih-muih kat bawah ni hah mengikut PANDANGAN dan KEMERAPUAN aku! Lets go babeh! Muehehehe




1) Kuih nie tak hadelah chantek mana? Tapi memang budget anggun nak meninggal la perangai beliau. Kalau jantan-jantan dok fewit-fewit kat beliau, Comfirm-confirm, buat-buat melentik sampai tak ingat dosa pahala! Dah la berlobang kat tengah-tengah. Nak kata beliau chantek? Puihh!  tak hade shape langsung! Siapakah beliau? Beliau ialahhhhhhhhh......


Kuih Puteri Ayu!





2) Perghh! Kuih ni, kalau ada kuih-kuih lain dok cari fasal tak tentu hala dengan beliau. Confirm-confirm kena lembing sampai meninggal dunia dengan beliau. Bukan lembing pulang ke dayang ye, itu lain cerita boh! Muehehehe. Aweks beliau? Haruslah kuih puteri ayu yang budget cun nak mampuss tu! Beliau lah antara kuih-kuih jantan yang termacho di seantero bazar Ramadhoonn. So, siapakah Si kuih yang berani mati nak bunuh kuih-kuih lain ini? Beliau haruslahhhhhh........


Kuih Lompat Tikam!





3) Benda alah kuih ni always kena hempuk dengan peti ais kat muka sebelah kiri dengan abang gengster tak henggat dunia yakni kuih lompat tikam? Why?! Why?! Why?! Sebab kuih ni selalu cari penyakit dengan kuih-kuih lain. Datang dekat kuih ni cakap lain, pergi pulak dekat kuih lagi satu mengata kuih tu. Apa lagi, always la kena bedal sampai bisul kat ibu jari kaki sebab cakap tak serupa bikin dan bermuka-muka. Kalau pandai, siapakah beliau? Beliau adalahhhhhhh.....


Kuih Talam! 




4) Waktu sahur? Tak payah nak kejut-kejut kuih nie. Sharrrp! 4:30pagi? Bangun sendiri dengan cerdasnya untuk menyantap serta menyediakan juadah sahur! Mau nya tak pengsan pagi-pagi buta kalau korang bangun, tiba-tiba ada seketul kuih dok sibuk goreng ikan haruan buat masak lemak cili api pagi-pagi buta dok sediakan sahur kat korang. Mau berselerak tak cukup kaki lari, tapi takpe kuih ni baik, tak macam kuih talam tu, asyik nak bermuka muka saja. Siapakah beliau yang bangun sendiri sahur sampai tak payah orang lain nak kejut-kejut beliau sampai bangun? Beliau ialahhhhhhhhh......


Kuih Bangkit!




5) Perghhh! Dari jauh bau macam orang tak mandi berhari hari! Dah macam-macam member-member kuih yang lain dok tolong beliau. Tak jugak wanginya hah! Bau busuk makin menjadi-jadi adalah! Sampai kuih puteri ayu pun feed up dengan beliau. Mandi lulur nam belas kali pun bau tetap menyentap! Tapi, kalau time hari raya! Perghh!!! Tak henggat opah-opah kat kampung dok timbuk-timbuk beliau sampai kembang! Lama pulak tu nak bagi beliau kembang! Dah ah berbau, nak buat bukan main Hazabbedul lagi! Siapakah beliau yang berrrrrbau sangat ni?! Beliau ialahhhhh.....


Kuih Bau-lu!




6) Kuih nie diinspirasikan daripada sejenis binatang. Bila berjalan? Makk Aii!! Lembab nak mampus! Macam nak hempuk je beliau kat atas tanah laju-laju. Ada satu hari tu, kuih-kuih lain boikot beliau secara berjemaah tak ajak beliau pergi Bazar Ramadhon sama-sama sebab beliau ni lembab nak meninggal sangat bila jalan. Dah ah kuih bangkit suruh beliau beli air tebu gajah pun beliau tak nak. Apa lagi menyirap air sirap Kordial ah kuih-kuih lain dengan beliau! Sudah lah lembab, malas tahap Hazabbedah lagi tu! Siapakah kuih yang membuatkan kuih-kuih lain menyirap tak henggat dunia dengan beliau tu? Beliau adalahhhhhh....







7) Kuih ni always dicemburui oleh kuih puteri ayu! Sexy sangat uolls katanye! Ada satu ketika dulu, sampai terjadinya perang tarik-tarik rambut antara kuih ni dengan kuih puteri ayu sebab berebut kuih lompat tikam! Kau rasa? Muehehehe. Yang tak bleh blah batu belah batu bertangkup tu, Kuih-kuih jantan yang lain asyik mengendap beliau je kalau beliau nak bersiram kat tepi telaga pagi-pagi buta. Motif sangat beliau nak bersiram kat tepi telaga pagi-pagi buta, mengada-ngada tau kuih ni nak bersiram pagi-pagi buta bagai. Kalau beliau dah start mandi tu.  Perghh!!! Haruslah tunggu sampai 2 jam kalau turn orang lain nak  mandi. Bapak lama nak pengsan kalau beliau mandi. Tapi takpe, sebab beliau cun dan seksi, dimaafkan! Muehehehe. Siapakah beliau? Beliau adalahhhhh.....


Kuih Puteri Mandi!




8) Terawih? Kuih ni tak pernah tinggal terawaih hokeh! Setiap hari di bulan Ramadhon Terawih always 21 rakaat ! Memang solute gila babai la kat kuih ni. Dah ah kacak, alim pulak tu. Walaupun kuih ni sentiasa dihasut oleh kuih talam supaya bermain meriam buluh malam-malam dengan beliau. Tapi kuih ini sangat kuat imannya! Beliau lebih memilih untuk menunaikan solat terawih daripada membuang masa berhazabedul bermain meriam buluh dengan kuih talam yang bermuka-muka tu! Alim tak beliau? Untung laa kuih puteri mandi dapat beliau! Eh?! Muahahaha. So, siapakah beliau yang alim dan muka sesuci Imam Muda musim Ke tiga itu? Beliau ialahhhhh.....



Kuih Ketayap!




9) Kuih ni dengan kuih baulu lebih kurang je bau dia. Busuk! Busuk-busuk beliau pun, beliau tak adalah busuk hati macam kuih talam tu. Asyik nak laga-lagakan orang saja kerjanya! Status beliau? Beliau pernah tergoda dengan kejelitaan kuih puteri ayu, sebab kuih puteri ayu pernah hantar juadah Char Kuey Teaw kepada beliau untuk berbuka puasa. Tapi sayang! Kena reject serta kena penyodok penyapu free je dengan kuih puteri ayu sebab melafazkan cinta sambil main piano kat warung Makcik Peah Labu Sayung sambil menjatuhkan air muka kuih puteri ayu di khalayak orang kampung! Tapi beliau tak tahu, dalam diam ada kuih lain yang meminati beliau! Kuih tersebut ialah kuih siput betina! Pun bolehhhh! Muehehehe. Apa nama kuih yang busuk setaraf dengan kuih baulu ni? Beliau ialahhhhhh....


Kuih Taik Itik!




10) Beliau tidak memakai susuk, apatah lagi memakai Safi Rania Gold Perfect Ten! Tapi muka beliau tersangat lah shinning dan glowwing nak mampus! Sekali tengok? Perghhh! Kalah Anzalna Nazir! Neelofa? Memang carta terbawah ah. Antara ramai-ramai kuih wanita yang lain, beliau lah kuih yang paling berseri-seri antara ramai-ramai tu. Apa lagi, bercerai berai lah kuih lompat tikam dengan kuih puteri ayu sebab nak kahwin dengan kuih yang satu ni. Tapi kuih puteri ayu tak sanggup berjanda sampai ke tua. Beliau sanggup bermadu dengan kuih yang satu ni. Apakan daya, kuih yang satu ni kan antara yang tercun nak meninggal di kalangan kuih-kuih yang lain! Yang bestnya pasal kuih ni, beliau telah mengeluarkan satu produk kecantikkan komestik yang terlebih lajak laris dipasaran iaitu "Ratu Odah Jamu Mak Aku, Mak Kau Tak Ada"! Kalau nak muka berseri-seri macam beliau, boleh ah beli produk beliau secara bermarathon iaitu produk "Ratu Odah Jamu Mak Aku, Mak Kau Tak Ada" tu! So, siapakah di sebalik kejelitaan dan keanggunan kuih ini? Beliau semestinyaaaaaaaa......


Kuih Seri Muka!




Mak aii! Kebas jari kaki dok menaip entry kali ni. Amacam? Gila meraban nak mampus tak entry dok cerita pasal benda alah kuih-kuih kat atas tu hah? Tapi serius, segala cerita di atas tu hanya lah suka-suka saja. Tak ada kena mengena langsung dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Yang tengah koma kat Hospital pun memang tak de sangkut paut langsung! =D


Lagi satu, lama tak buat entry meraban macam ni. Tu yang tergedik-gedik tak henggat dok Uolls Uolls serta berfantasi mengalahkan sinetron Indonesia "Dunia Khayalan Dunia Impian" kat TV3 tu. Yang penting! Entry harus lah panjang mengalahkan kertas kajang nak buat pembentangan budget negara untuk tahun 2015 nanti! Muehehehe


Special puasa punya! Kalau nak baca Entry hantu yang femes amous kat Malaysia versi kartun korang boleh Tekan Sini! Hiyakkk!!! Kalau nak baca entry kartun macamana Impian aku berpuasa masa zaman hingussssan dulu-dulu, korang boleh karate kat Sini pulak! =D


Sebelum Iolss nak memblahkan diri, sudi-sudikan tatap cuping telinga gebus Uolls tu dengar serangkap pantun daripada Iolls! *Gedik nak mampus lagi sekali ! Muehehehe


Buka Puasa Melantak Lepat Liat Sampai Sengkak Tak Henggat
Waktu Sahur Liat Nak Mampus Bila Nak Bangun Pagi 
Bulan Mulia Ni Tak Payahlah Nak Mengumpat Sangat
Yang Penting Ikhlaskan Diri Sucikan Nurani!





BYE!



Nak Berkenal-Kenalan lebih rapat lagi dengan Santan Manis? Hentak dengan gusi kiri Kat Sini! =D
Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)