Bebudak Baik =)

Burger Oadabenes Special!


Tajuk Entry seperti sediakalalah, memang Over tahap lembu tak leh nak beranak. Muehehehe. Harinie, mood nak masak meluap-luap semula. Tetiba je tadi, drive sorang-sorang, pecut sampai tak hengat kat orang belakang pergi Giant yang tercinta beli bahan-bahan nak buat Burger Oadabenes nie.

Apa ke sengal sangat nama Burger nie? Curlass ko Jah! hahahahaha *Over. Bab-bab nak letak tajuk memang hancurlah. Sebenarnya, nie hasil gabungan nama  "Burger Oat dan Bersalut Nestum". Mesti korang dok nyumpah-nyumpah SM kan? Nama Burger tak leh blah batu bertangkup betul!Muehehehehe. Daging burger SM buat sendiri guna benda alah daging cincang tu.

Sesapa nak buat Burger sengal kat atas nie, meh sini nak tunjuk resepi camna nak buat. Sediakan Pensil & Kertas ye Tuan-Tuan & Puan-Puan sekalian. hahahaha =D


Cara-cara :

@Mula-mula sekali korang sediakan sayur yakni Kobis,Timun, Bawang, daun salad, dan jenis sayur-sayuran yang bersesuaian untuk diletakkan didalam Burger. Kalau rasa macam nak kelainan sikit boleh taruk buah-buahan macam buah epal ke, buah Lai ke. ikutlah, selera anak tekak memasing. Jangan pergi taruk buah durian sudeh. Kalau korang rasa buah durian tu memenuhi selera korang, ghasak je letak kat burger tu. hahahaha *Abaikan.



@Potong-potong, ikut kreativiti & Inovasi memasing lah. nak potong memanjang ke, petak-petak ke, bolat-bolat ke, ikutlah macamanapun. Janji potong sudah. ;)



@Pastu, sediakan Sos, Mayonis, Oat, Nestum, Perasa Kicap Maggie & lada sulah. Benda alah semua nie perasa dalaman dia. Muehehehe.



@Perasa tambahan berikutnya ialah Sos Keju. Kalau rasa macam susah nak dapat benda alah nie, tak payah letakpun takpa. Kalau ada, boleh laa letak.



@Sediakan Telur Itik gembo kedek-kedek bila gembo Ayam tiga bijik. Kalau nak lebih sebijikpun takpa, Aiman tak kisah! Muehehehe.



@And Then, sediakan sotong Kurita kering tak bergula. Ada dua jenis benda alah nie, satu yang ada gula, satu lagi takda gula. Sotong nie kalau dimakan begitu sajapun sodap jugak. Teringat lark lagu roti Gardenia tuh, "oohhhhhhhh Gardenia, sungguh enak dimakan begitu saja(2x)". Nak-nak kalau benda alah Roti Gardenia tuh cicah ngan Kari ayam! Pergghh! Laloq Habess. Muehehehe =D



@Haruslah ada Roti Buger. Kalau takdak benda alah nie, achaner nak buat Cik Habasodahnye. Muehehehe



@Last sekali, daging cincang. Kalau tak boleh makan daging nak tukar dengan ayampun boleh jugak. Kan dah cakap Aiman tak kisah. kehkehkeh. *Jangan marah ye Aiman-Aiman Sekalian. =D


Yang kat atas tu baru bahan-bahan dia. nie nak tunjuk cara-cara dia plak. Let's Go Babeh! *Layan jelah kepala budak gila sorang nie. Jangan korang gila betul-betul sudah. Hahahaha.


@Cara-caranya ialah, korang bakar bagi kaw-kaw dulu Roti burger Oadabenes korang tu dulu macam nie. Balik-bailkkan dia nak bagi garing serta rangup krup krup camtu apabila dimuatkan ke dalam mulut.


@Lepas tu, hambek sebijik atau dua bijik telur Ayam kampung korang tu, hentak telur tu bagi pecah, & masukkan perasa Kicap Maggie ngan daun bawang kat dalam telur tu. Kacau sampai sebati ye Cik Jenab, Pak Abu, Cik Milah Sekalian. Muehehehe.



@Proses seterusnya, Korang bentangkan telur tu kat dalam belanga & balut Roti burger tu macam gambar kat bawah nie. Alaa..macam buat Nasi Goreng Pataya Sawadikap kun kapp krapp pup papp tu. kehkehkeh.


Balut Roti burger tu kedua-dua belah bahagian iaitu bahagian atas kepala roti & dan buntut roti burger tu. Maaf penggunaan perkataan *Buntut.



@Next! korang campurkan telur putih kat dalam daging cincang tu, dan betukkan dia jadi bulat-bulat. Kalau suka petak-petak boleh je buat. Ikut kemampuan memasing.



@Nak bagi daging tu kukuh & saksama lagi, korang boleh salutkan dia dengan Oat & Nestum. Nak kasi dia rangup lagi benda alah Nestum ngan Oat nie. Kalau rasa-rasa berkenaan sesangat dengan oat & Nestum nie macam nak buat menantu je benda alah dua ekor ni kan, Boleh la taruk lebih sikit. Muehehehehe



@Pastu boleh laa bakar daging burger Oadabenes ni dengan planta butter. Sssssssssss....Shahdu je, bunyi butter masa masuk kat dalam kuali tanda beliau disakiti!Hohohoho *gelak Jin.



@Lepas dah siap masak benda-benda alah semua tu tadi. Boleh laaa korang susun step by step bahan-bahan tu semua. Seperti sayur-sayuran, sotong  kering, Cili sos, mayonis dan lain-lain lagi. Yeeeeeeeeee.......pandaiiiiii.....tepuk tangan untuk diri-sendiri! *Over. Muehehehehe.


@Taruk sotong kering dengan daging.


@Dan sayur-sayuran yang berkhasiat di muka bumi ini, serta sedikit sos keju.


@Last sekali tangkupkan Roti Burger bersalut telur ayam tadi tuh macam batu belah batu bertangkup tu.
Done!!! dan bolehlah dimakan sesuka hati Nurani korang ye.


Fuhhh...entry kali nie panjang sampai nak terkentut! *senonoh sikit! hahahaha. Kalau suka, bolehlah korang try buat tengok resepi merapu SM nie. Kalau pekena dengan Ice blended macam yang SM pernah cerita kat Entry Nie, Perghh!! Memang layan sampai tak hengat nak balik rumah la Wa cakap Lu!.Muehehehehe.

Tapi, Benda alah burger-burger ni semua, tak elok sangat kalau nak makan selalu. dua bulan sekali tu okla .Nama resepi bukan main Spanish la sangatkan. Burger Oadabenes bagai. hahahaha. Seyes, budget nak buat benda alah ni tak sampai Tiga ploh henggetpun. Kalau nak buat makan-makan dengan kengkawan or family tu, memang jimat sangatlah. Sekian saja berita untuk TV pat ploh pat untuk kali ini! Kita Kembali ke Sri Pentas! Terima Kasih! Muehehehe =D


K,BYE.


P/S: BERAT BADANKU NAIK MENDADAK LAGI! HOREYY!!! =D

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

28 comments:

Santan Manis said...

Kalau dah try buat tu, boleh hello kat sini yaw ;)

miz ruha said...

lapar pula bila tengok burget tu~~

miz ruha said...
This comment has been removed by the author.
Santan Manis said...

miz Ruha: Burger oh burger. =D

unsecretostory said...

Aummm ! Super nyummy . Bole truy larh nanti (:

Santan Manis said...

unsecretostory: truy jgn x torai. ;)

miss fluffy said...

okey siap ada resipi lg..boleh try klu rajin..hehe mmg nmpk sedapp..ggrrr

Santan Manis said...

miss fluffy: dah try..hello2 sini ya miss fluffy ;)

Aku Penghibur said...

wahh terliur nampak sedap giller .. ishhh nk cuba tpi x de masae ...sedapnye ..lapo plk

Santan Manis said...

Aku Penghibur: Murah je modal nak buat ni Aku Penghibur. boleh makan ramai2 :D

FAMI said...

betul ke bleh mkn nie...mcm2 dh taruk..haha..i cube skit perut i sue u..hahahh

Santan Manis said...

FAMI: Hahahaha... gua mkn ok jee Fami. xda sakit purutpung. dijamin solamat sojahtera. kehkehkeh

Misz Mieza said...

Hai! Salam kenal! MM datang terjah & follow dari "Senarai Bakal Di Review Tiga Suku" by MK Syahir..

Follower #503.. ^^,

◕ Kawaii D Y S H A ◕ said...

sgt sedap.. nti nak cube la

Santan Manis said...

Misz Mieza: Thanks Misz ;)

Santan Manis said...

kawai DYSHA: mna tau sgt sedap tu kawaii.kekekeke. torai jgn x torai :D

Sop said...

perhh terbaek!

Santan Manis said...

Sop: terbaek ke terbalik Sop?? kehkehkeh..

KN said...

nape tak masuk master chef?

Santan Manis said...

KN: X sampai ke tahap tu lg KN. :). masak sekadar alas perut je. :)

♥♥uNie FaRaHaNi♥♥ said...

wahhhh...sedap nyer tgk gmbar nie....

Santan Manis said...

uNie FaraHani: tq ;)

fadz said...

santan x letak skali ker?..

Santan Manis said...

Fadz: Boleh ke Fadz? kehkehkeh

☆Maizatul Athirah☆ said...

waaa.... bestnyer.. wat kat mai 1 bley?? hehe ^^

Santan Manis said...

Maizatul: Wahhh...Mai pun ada blog? nak ke berger tu? dtg laa umah..kehkehkeh ;D

Assron said...

sedapnya..nama pun boleh tahan gitu..boleh oin master chef nih..

Santan Manis said...

Assron: Master chef kat qumah boleh laa asron..kehkehkeh :D