PREVIEW ABU YA!!!

Nie nak citer pasal "ABUYA" yang S.M pegi tengok semalam kat wayang.. ... tapi bosan sikit laaaaa..Cite nie banyak gantung2!. =(


"ABUYA" nie cite pasal ajaran sesat yg sangat terpesong!!. Filem arahan Imran Ismail yang mengisahkan tentang Faizal Husin sebagai teraju utama iaitu 'Abuya' yg membawa ajaran tersebut. Faizal husin nie dia ada 4 org isteri (suma cun2 plak tu! geram S.M tengok!hahah =D). Turut dibintangi oleh  Jue Aziz, Yank Kassim, Adrea Abdullah dan Khir Mohd Noor. ... 



Citer dia bermula di sebuah kampung bernama Kampung Bukit Lalang yang terletak di sempadan Malaysia Thai,10 KM dari garisan sempadan Thailand. Seorang peniaga bernama Abu Zakaria telah datang ke kampung ini dan berkahwin dengan Rubiah seorang wanita kaya di kampung Bukit Lalang. Selepas itu Rubiah menghantarnya ke Turki untuk belajar ilmu agama, tetapi bila dia pulang ABU ZAKARIA membawa pulang seorang perempuan GRO berbangsa Turki yang dijadikan isteri keduanya. Kepulangannya ke kampung membawa sedikit perubahan pada dirinya.

Dia telah menyerapkan unsur- unsur penyelewengan serta menyesatkan sebahagian penduduk kampung itu. ABU ZAKARIA telah menubuhkan markasnya sendiri yang diberi nama MARKAZ KHALIFAH dan mengelarkan dirinya sebagai ABU YA!. Sejak terdirinya Markaz Khalifah ini, semakin ramai pengikut dari berbagai bangsa, agama atau pun keturunan yang mengikut ajaran sesat ABU YA. Dengan kebolehan luar biasa yang dipelajarinya semasa di Turki itu membuatkan ABU YA lebih kuat dan berkuasa. Dia bernikah lagi dengan Adawiyah anak seorang pejuang pemisah PATTANI dan mempunyai seorang lagi isteri bernama Suraya.

Kerana kesesatan yang melampaui batas segala kegiatannya telah diketahui oleh orang kampung dan pihak berkuasa Malaysia Thailand. Kehidupan songsang yang diamalkan oleh pengikut ABU YA telah menjadi daya tarikan dari golongan sampah masyarakat untuk menyertai kegiatan ABU YA. Markaz Khalifah bukan sahaja dijadikan pusat pemujaan tetapi juga menjadi pusat latihan perang yang lengkap dengan senjata api. Kisah ini bermula dari tahun 2002 dan telah dimusnahkan oleh pihak berkuasa Malaysia Thailand pada Julai 2005 atas kesalahan ingkar dan cubaan merampas kuasa dari Yang DiPertuan Agong.







Bagi pandangan S.M laaa...filem nie memang best, tapi plot penceritaan dia sangat lembab & bosan! cite ni banyak2 sangkut2....S.M rasa cam rugi laaa labur duit utk tengok cite nie! WAAAAAAAA! (>O<). Sesapa yg cadang2 nak tengok cite nie ngn kengkawan korang, S.M cadangkan lupakan je laaaa...x rugi pun kalo korang x tengok!! tapi, bagi sesapa yg da tengok citer nie, yg cakap best tu x tau laaa plak... pendapat masing2 laaaa kan!



S.M sempat baca beberapa komen dan kritikan daripada  blogger2 lain tentang filem Abu Ya nie!..kebanyakan cam nyesal jee nengok cite nie! huwaawawawawa =D! cer baca apa komen diorang! :-



Pada aku, adegan akhir filem ini memang sampah! Aku rasa, adegan adik Abu Ya tembak isteri gersang yang nasi kangkangkan Abu Ya itu ada emosi, tetapi adegan lawan di akhir filem ini sekali lagi aku cakap, SAMPAH!. Apa motifnya yang Si Abu Ya berjalan ke arah kamera lepas pose maut depan kamera macam superhero power rangers? Siapa sebenarnya yang mereka lawan? Senapang siapa yang menembak pasukan tentera Abu Ya? Tak jelas. Mana watak Yus ataupun polis ataupun pegawai agama yang berbincang di balai tadi? Apa relevennya orang agama dok bersembang kat balai polis tadi?





Banyak sangat yang tak jelas dalam filem ini. Apa yang Abuya perjuangkan dalam gerakan bersenjata tu? Siapa yang dia lawan? Elemen-elemen sesat hanyalah sekadar penghias filem. Siapa yang belot Abuya? Kenapa Ali dimarahi dan dipukul oleh Abuya? Siapa Ali kepada Abuya (Ali - juara Pilih Kasih). Kenapa pengikut-pengikut Abuya jadi samseng menganiaya orang kampung? Apa jadi pada hasil siasatan polis terhadap kegiatan songsang Abuya? Kepala otak PF punyalah puas meneka siapalah isteri Abuya yang berasal dari TURKI tu? Kenapa tak tonjolkan sikit bagi pengenalan yang Sonia tu dari Turki? Polis interpol punyalah kurus dan cengkung, dah tu pakai jaket besar biar tak nampak kurus. Lepas tu polis ni pulak kena rejam dengan pengikut2 Abuya. Kenapa pulak???





P/s : S.M cakap apa kat member S.M " Pasni Confirm aku x mo dah tgk citer melayu kat panggung!" <--Ye laa tu x mo tgk dahh! (Pantang tengok Trailer cam best! terus meloncat ajak gi tengok! =D


Rating filem nie S.M bagi 3.2 / 5 jer! ;)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

2 comments:

Santan Manis said...

SEYES X BEST ;(

Unknown said...

macam tak best jer....tak best jer,,,